Followers

Saturday, November 7, 2009

kuarantin sempena selesema babi

ini merupakan post tribute.. terima kasih dan satu penyebaran bahawa betapa jasa mereka terhadapku

ramadhan yang lalu menyaksikan kesihatan aku goyah. aku disahkan menghidap demam. mungkin bermula hari khamis.. pada mulanya hanya sejuk dan kurang bermaya dalam kelas pagi-buta itu. namun, ah Pocket C, sejuk betul. terima kasih GDC, kau memang tak sia2 sumber tenaga tidak boleh diperbaharui tu.
sekembalinya dari kelas Ocean & Coastal Engineering tersebut, aku cuba gagahkan diri siapkan project yang perlu dipresent keesokan hari, oh dan ada test juga. kedua-duanya Design of Offshore Structures. tapi aku terus rasa lebih sejuk.
dan aku hanya mampu tidur sampai pagi esok.

pada hari-hari biasa, demam perkara biasa, namun babi dimusim ini mula mempopulari arena demam selesema sedunia.

rumet yang baik hati membawa aku ke klinik. mungkin aku tak mandi. keadaan fizikal agak sememeh, kebetulan macam biasa, klinik juga dipenuhi mangsa2 yang dikuarantin untuk regualr daily check-up.

mula2 ambik temperature, aku disahkan demam. tp rilek~ tunggu turn jumpa doktor baru leh tau apa yang sebenarnya.
tanpa disangka, perjumpaan beberapa minit itu Dr Saadah akhiri dgn lafaz 'haa ni kena kuarantin ni tau'

UTP telah mengamalkan sistem 'sape demam je kena kuarantin' ni sejak.. sejak.. ala yang masa awal2 sem aa kan.. mereka (later leh tukar kami plak) ditempatkan di bangunan kosong tanpa penghuni, untuk diasingkan supaya dapat di monitor incase mereka mempamerkan simptom2 selesema babi. for record, beratus2 orang yang dikuarantin tu, hanya beberapa orang yang disahkan positif H1N1.

bermula la saat itu.

lokasi: V2C, macam rumah fellow kot purpose asal die. fes things fes aku godek carik LAN port. astaghfirullah, xde. tp wireless signal ok, so setel aa..
waktu: van utp dtg ambik kitorg (mangsa2 kuarantin) dalam tengahari macam tu, trus anta stret sane.
meal: pagi- breakfast, roti, air.. lunch, nasik berlauk, air, kdg2 ada buah, dinner.. nasik berlauk lagi, kadang2 ada kuih, ngan air berperisa.. macam bukak pose je.
sah-sah aa aku susah makan, apatah lagi nak habiskan.

pihak2 berwajib yang wajar diberikan penghargaan

1) H1N1 team UTP secara general.. yg sediakan petempatan kuarantin yang selesa, makanan yang free, dan jadual ke klinik yang baik. walaupun saya sorang je perempuan manakala hampir 10 org yang lain lelaki, saya diberitahu, catering kitorg asing2.. the guys mengadu pagi tadi x dapat brekfes n nak lunch awal, tapi saya 'eh adeje bekfes?'

2) mak guard, disebabkan aku kne kuarantin tanpa perempuan lain, secara teknikal nya seorang makcik akan sentiasa ada diruang tamu menjaga aku sorang. walaupun bersilih ganti, mereka sama2 baik hati, makanan pun hantar kat katil, bgn2 je ade bungkusan makanan baru. pagi2 kejut pegi klinik..
3)doktor n medical assistant.. dr Saadah duty ari working days, ari week end, dr Liew.. baik hati dan caring terhadap kami..

4)driver van utp yg dtg pick up pagi2.. yang antaranya staff utp yg dalam H1N1 team yang berkorban cuti wekend mereka.

5)rakan2.. yang byk membantu sepanjang penahanan aku, dan juga menghiburkan kebosanan walaupun dari jauh..

6) lecturer yang memahami aku ponteng test ngan present projek. siap ckp 'isokey, focus on ur recovery test then only we talk about the those'

perkara kurang menarik

1) hari isnin cuti. aku masuk ari jumaat, keluar isnin. so sehari je MC?
2) miss PERONAS ability test ari sabtu. (aku xsure nak pegi tak pun in the fes place)
3) ponteng puasa 3 hari sepnjang tempoh tersebut. dan sehari lagi masa hari test ocean. berapa hari je aku puasa taun ni.
4) setelah tidak berjaya disorok dr pengetahuan family, mereka mula risau dan mencuba nak bawak aku balik untuk berubat cara homeophaty pula. tapi doktor cakap 'takpat!'. tapi yang pasti, aku cuma demam biasa saje.
5)waaa festaim kne drip.. 2 botol stret lak tu~ bile da release (berjaya gak aa temprature trus turun sehari kemudian) jarum plak lupa buang. las2 google sesedap rasa n cabut sendiri.

alhamdulillah.. aku fully recover dalam seminggu camtu kot..
sekali lagi.. terima kasih buat semua pihak dalam menangani issue global selesema babi ini

(pasnih agak2 ada tak orang search keyword babi jumpa blog aku? wakaka~~)

4 comments:

  1. err...
    H1N1????? apsal xtau? adeh2!!
    sib bek da xde ape2.. alhamdulillah.. :)
    jage diri bebaik ye!! ^^

    ReplyDelete
  2. sume berlaku ngan pantas, xsempat nk wat press conference :P

    xde aa kak uena.. demam bese je >_<
    alhamdulillah da sehat da :D kejap je masetu

    ReplyDelete
  3. isk isk

    sian kena h1n1. bukan nak habaq ka hapa isk isk isk

    ReplyDelete
  4. ishh demam bese je la
    saspek je, lom kena.. bukan ke aku ade bitau ke tapi?

    bkn abg munir (gedik siot kau) demam gk ke mase bulan pose?
    ponteng pose gak kan?
    wakaka

    ReplyDelete