Followers

Saturday, August 2, 2014

Tempat tempat membayar zakat

Disclaimer: tulisan ini untuk rujukan peribadi, andai salah mohon diberikan teguran andai bermanfaat, silalah share sharekan :)

Zakat fitrah, zakat harta, zakat pedapatan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat wang simpanan, dan lain lain

Bila rasa diri dah besar, mempunyai kemampuan, dan cukup nisabnya, wajiblah keatas kita mengembalikan apa yang dipinjamkan kepada kita kepada yang hak.

Dan, sebagai seorang yang jahil dan moderate keyboard warrior, hal zakat ini biasanya digoogle atau dijadikan issue untuk disembangkan dengan rakan rakan.. Jadi saya disini mengumpulkan findings yang perlu direkodkan sebab kesan dari banyak termakan semut dan tengok benda benda tak sepatutnya, saya banyak bebeno lupa.

ZAKAT FITRAH- ini setiap sebelum raya Aidilfitri.

Rate zakat ini ialah mengikut majlis agama islam dan biasanya berlainan mengikut negeri, dan juga nengikut beras yang dimakan.
Kadarnya ialah tiga cupak atau 2.7kg, kiraan kasarnya, tetapi ikutlah rate negeri masing masing.

Dimana?

1. Booth booth zakat banyak terdapat di bazar ramadhan, shopping mall, masjid. Amil yang dilantik dari Pusat Pungutan Zakat tempatan.
2. Sistem SMS - limited to sesetengah telco yang offer dan negeri yabg dilibatkan.
3. Online - google sahaja pusat pungutan zakat/majlis agama islam dan pilih yang tertentu, biasanya akan dinyatakan bagaimana untuk transfer secara online.

Sebaiknya dapatkan resit dan simpan jika anda bakal dikenakan cukai atau memang dah kena cukai supaya boleh claim balik.

ZAKAT LAIN LAIN - seperti yang dinyatakan diatas,

Rate zakat ini ialah spesifik bergantung kepada jenis zakat yang diwajibkan. Misalnya zakat pendapatan ialah 2.5% atau gunakan sahaja kalkulator (google: kalkulator zakat) guna yang myeg atau e-zakat.com.my. ada dua jenis pengiraan, yang simple atau dengan deductions (income -(self+parents+epf) x 2.5%). Boleh buat monthly atau lumpsum annually.
Zakat emas dan perak pula ikut gram dipakai dan gram disimpan. Please please refer to kalkulator zakat juga.

Saluran pembayaran juga seperti diatas, kecuali dah takde booth, amil amil bukak meja dekat shopping mall dan bazar ramadhan/pasarmalam mahupun masjid.
Sistem SMS juga afaik tiada. Jenuh kalian nak topup empat ribu semata mata nak bayar zakat tiga ribu lima ratus? Contoh ye, contoh.
Biasanya zakat kategori ini ialah lebih banyak daripada zakat fitrah.

Utamakan orang paling rapat dengan anda. Ingatlah, sedekah terbaik ialah kepada orang yang paling rapat dengan anda. Begitu juga zakat. Asalkan penerima yang layak menerima zakat itu bukanlah orang tanggungan anda yang itu ialah dipanggil nafkah dan termasuk perbelanjaan terkecuali zakat. Kelebihannya ialah dapat melaksanakan kewajipan berzakat disamping mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Asnaf asnaf ialah terbahagi kepada beberapa kategori seperti yang telah anda pelajari disekolah dahulu, sila rujuk rujukan lanjut untuk penerangannya. Jadi setelah yakin anda berjumpa personally asnaf berkenaan, berilah zakat anda kepadanya dengan niat zakat lillahitaala.

Jika anda inginkan resit pengecualian cukai pula, takkan lah nak suruh Mak Limah jiran sekampung anda keluarkan resit pula, maka anda boleh menyalurkan kepada pusat pungutan zakat tempatan

atau

badan badan NGO yang dipastikan dengan adil mampu menyalurkan hasil kutipan kepada asnaf yang layak. Alternatif ini ialah untuk anda yang pasti dengan cause ataupun aktiviti NGO tersebut dan ialah berdaftar supaya resit dia laku besok nak claim cukai.

Membayar kepada pusat pungutan zakat kerajaan atau bukan kerajaan ada kelebihan masing masing. Namun satu perkara yang menjadi pilihan orang ramai ialah kerana badan NGO ialah amat proaktif dalam mencari dan mengesan asnaf walau mereka terpinggir dan tidak banyak karenah birokrasi mahupun kena isi Borang A dan B berserta lapan lampiran lengkap dengan chop ketua kampung JKKKKK apa bagai.

Memetik kata kata seorang family friend 'bagi duit untuk orang susah tu senang, tapi kalau dapat pergi sendiri jumpa dan bagi sendiri, satu kesan mendalam pasti hadir dalam diri kita'

So contoh contoh NGO yang boleh menjadi tempat kita keluarkan zakat ialah yang berkaitan fakir, miskin, muallaf, orang yang berjuang fisabilillah dalam negara atau negara miskin/bergolak.

Perlu diingatkan sekali lagi, utamakan mereka yang paling rapat dengan kita, atau seperti tips pelabur pelabur pasaran saham

Diversify, diversify, diversify.
Laburlah dengan baik untuk pasaran akhirat kita.

InsyaAllah.