Followers

Showing posts with label eczema. Show all posts
Showing posts with label eczema. Show all posts

Monday, April 13, 2009

matahari episod seterusnya

artikel ini adalah berkesinambungan dari matahari.

langkah penjagaan

seperti yang telah diketahui, setakat ini tiada ubat yang khusus bagi merawati penyakit eczema ini.
namun begitu, bukanlah alasan untuk tidak berikhtiar.
penggunaan steroid berbentuk krim boleh menampakkan kesan positif yang baik dimana lapisan kehitaman dan kasar berjaya dikurangkan. penggunaan krim ini walaubagaimanapun harus dihentikan serta merta bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin memburukkan keadaan.

seterusnya, adalah penting untuk mengelakkan serangan eczema berulang lagi. beberapa cara telah dicuba

1) sapuan pelindung matahari. disebabkan bahagian tangan adalah selalu terkena pada permukaan lain dan sapuan semula agak sukar dilakukan dengan kerap, langkah ini bukanlah langkah yang berkesan.

2) lindungi dari sinaran langsung cahaya matahari seperti memakai sarung tangan. langkah ini didapati berkesan. tiada serangan baru direkodkan pada bahagian yang sebelum ini sensitif. tetapi serangan mungkin berlaku ditempat yang terdedah kepada cahaya terik matahari.
dikawasan yang lain ini, tiada kesan lama direkod maka serakan ruam adalah secara rawak. setelah diperhatikan dengan lebih teliti, kesan parut baru (mungkin disebabkan sensitiviti kulit tinggi maka walaupun goresan kecil boleh mengakibatkan luka) adalah tompok sensitif yang baru dan dipadati serangan.

3) maka adalah wajar untuk meminimakan luas kawasan kulit yang terdedah pada cahaya matahri bagi mengurangi kebarangkalian jangkitan eczema ini.

pemerhatian masih dijalankan dengan teliti dan setakat ini sinaran matahari adalah faktor tunggal kepada eczema ini, walaupun banyak kenalan yang saya tahu amat sensitif kepada pemakanan dan peluh.

sebarang soalan atau pendapat adalah dialu-alukan.

Tuesday, January 27, 2009

matahari

ramai antara kita menghargai matahari, cahayanya yang terang dan suam. kadang2 pula awan penyeri suasana. namun begitu, tidak semua bertuah boleh menikmati matahari seumpama orang lain.

cahaya matahari penyebab ruam

sensitif terhadap matahari kerap berlaku kepada orang yang berkulit cerah dan berambut merah/perang. mereka akan mengalami masalah ruam yang kemerahan dan mengandungi air dan boleh menjadi sangat gatal. ia boleh terjadi akibat pendedahan kepada cahaya matahari secara langsung ataupun tidak langsung (hari mendung atau pun dibawah teduhan) sama ada beberapa minit atau beberapa jam.

radiasi sinaran matahari ini paling kuat pada musim panas (april-oktober) terutama pada sebelah awal tengahari sehingga petangnya (dimana bayang2 lebih panjang dari objek sebenar).

penyakit ini selalunye dikenali dengan nama eczema, atau dermatitis. namun saya lebih suka dengan merujuknya sebagai ruam sahaja.

berapa teruk kesannya?

kesan sinaran ini hampir boleh disamakan sebagai terbakar tahap pertama. tidak seperti kebiasaan bahagian muka terbakar kerana cahaya matahari yang menjadikan kulit sedikit gelap, gejala ini lebih teruk bagi orang yang berkulit sensitif. kawasan yang terdedah kepada matahari akan kemerahan dan terasa gatal serta sedikit membengkak. dalam sehari-dua, rasa itu selalunya reda dan kulit di bahagian tersebut meggelupas dengan teruk.  dan kulit yang baharu itu lebih sensitif daripada yang sebelumnya.

bagi sesetengah kawasan pula, ruam kecil berwarna kemerahan dan mengandungi air dan selalunya boleh jadi sangat gatal boleh terbentuk. kesan ini memerlukan masa 3-6 bulan untuk sembuh. musim sejuk adalah waktu yang terbaik untuk mengelakkan ruam ini dari terjadi kembali sebelum penyembuhan sepenuhnya dibenarkan berlaku. 

kesan ini jika berlarutan, jelas kehitaman dan kekeringan. lebih teruk lagi, rekahan boleh berlaku sehingga mengakibatkan luka.

masalah ini biasa berlaku bagi kanak-kanak dan gadis dan selalunya hilang apabila usia meningkat 40-50 tahun.

bagi kesan jangka masa panjang pula, keanjalan kulit akan berkurang seterusnya menyebabkan kematangan atau kedutan terbentuk lebih awal daripada biasa.

langkah mengubati

sementara penyebab utama gejala ini masih belum diketemui, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau merawat penyakit ini. namun sedikit ikhtiar mungkin boleh mengurangkan kesannya.

1) kesan terbakar atau ruam selalunya boleh jadi sangat gatal. elakkan dari menggaru kerana boleh memburukkan lagi kesannya. kurangkan kegatalan itu dengan mandi dengan air sejuk atau meletak ais di kawasan yang terjejas. perlu diperhatikan, sesetengah sabun yang boleh mengeringkan kulit adalah tidak digalakkan.

2)elakkan dari matahari, terutama waktu yg kritikal. jika tidak boleh dielakkan, gunalah krim pelindung matahari yang banyak terdapat dipasaran. sapu sekurang-kurangnya sejam sebelum keluar dan sebaiknya sentiasa sapu kembali untuk lebih berkesan. sebolehnya, elakkan dari terdedah seperti memakai seluar panjang, baju berlengan panjang dan sarung tangan.

3)penggunaan sapuan petroleum jelly boleh mengelakkan kulit merekah akibat kering. disamping itu, aloe vera gel juga baik menghilangkan kesan panas dan gatal serta pelembab yang baik. bawalah kelengkapan ini bersama untuk diguna jika dirasakan perlu.

4)penggunaan anaesthetic (jika dibenarkan pihak doktor) dalam bentuk pil adalah alternatif terakhir jika rasa gatal sangat teruk. disamping itu, ubat sapu seperti BVC juga dibekalkan. 

pemberitahuan: artikel ini dikarang dalam bahasa melayu setelah sedikit kajian dibuat dari sumber2 di internet berbahasa inggeris dan perkongsian pengalaman kenalan. saya harap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu memperkayakan sumber pengetahuan dalam bahasa kebangsaan.

sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan untuk memperbaiki artikel ini, terima kasih.