ramai antara kita menghargai matahari, cahayanya yang terang dan suam. kadang2 pula awan penyeri suasana. namun begitu, tidak semua bertuah boleh menikmati matahari seumpama orang lain.
cahaya matahari penyebab ruam
sensitif terhadap matahari kerap berlaku kepada orang yang berkulit cerah dan berambut merah/perang. mereka akan mengalami masalah ruam yang kemerahan dan mengandungi air dan boleh menjadi sangat gatal. ia boleh terjadi akibat pendedahan kepada cahaya matahari secara langsung ataupun tidak langsung (hari mendung atau pun dibawah teduhan) sama ada beberapa minit atau beberapa jam.
radiasi sinaran matahari ini paling kuat pada musim panas (april-oktober) terutama pada sebelah awal tengahari sehingga petangnya (dimana bayang2 lebih panjang dari objek sebenar).
penyakit ini selalunye dikenali dengan nama eczema, atau dermatitis. namun saya lebih suka dengan merujuknya sebagai ruam sahaja.
berapa teruk kesannya?
kesan sinaran ini hampir boleh disamakan sebagai terbakar tahap pertama. tidak seperti kebiasaan bahagian muka terbakar kerana cahaya matahari yang menjadikan kulit sedikit gelap, gejala ini lebih teruk bagi orang yang berkulit sensitif. kawasan yang terdedah kepada matahari akan kemerahan dan terasa gatal serta sedikit membengkak. dalam sehari-dua, rasa itu selalunya reda dan kulit di bahagian tersebut meggelupas dengan teruk. dan kulit yang baharu itu lebih sensitif daripada yang sebelumnya.
bagi sesetengah kawasan pula, ruam kecil berwarna kemerahan dan mengandungi air dan selalunya boleh jadi sangat gatal boleh terbentuk. kesan ini memerlukan masa 3-6 bulan untuk sembuh. musim sejuk adalah waktu yang terbaik untuk mengelakkan ruam ini dari terjadi kembali sebelum penyembuhan sepenuhnya dibenarkan berlaku.
kesan ini jika berlarutan, jelas kehitaman dan kekeringan. lebih teruk lagi, rekahan boleh berlaku sehingga mengakibatkan luka.
masalah ini biasa berlaku bagi kanak-kanak dan gadis dan selalunya hilang apabila usia meningkat 40-50 tahun.
bagi kesan jangka masa panjang pula, keanjalan kulit akan berkurang seterusnya menyebabkan kematangan atau kedutan terbentuk lebih awal daripada biasa.
langkah mengubati
sementara penyebab utama gejala ini masih belum diketemui, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau merawat penyakit ini. namun sedikit ikhtiar mungkin boleh mengurangkan kesannya.
1) kesan terbakar atau ruam selalunya boleh jadi sangat gatal. elakkan dari menggaru kerana boleh memburukkan lagi kesannya. kurangkan kegatalan itu dengan mandi dengan air sejuk atau meletak ais di kawasan yang terjejas. perlu diperhatikan, sesetengah sabun yang boleh mengeringkan kulit adalah tidak digalakkan.
2)elakkan dari matahari, terutama waktu yg kritikal. jika tidak boleh dielakkan, gunalah krim pelindung matahari yang banyak terdapat dipasaran. sapu sekurang-kurangnya sejam sebelum keluar dan sebaiknya sentiasa sapu kembali untuk lebih berkesan. sebolehnya, elakkan dari terdedah seperti memakai seluar panjang, baju berlengan panjang dan sarung tangan.
3)penggunaan sapuan petroleum jelly boleh mengelakkan kulit merekah akibat kering. disamping itu, aloe vera gel juga baik menghilangkan kesan panas dan gatal serta pelembab yang baik. bawalah kelengkapan ini bersama untuk diguna jika dirasakan perlu.
4)penggunaan anaesthetic (jika dibenarkan pihak doktor) dalam bentuk pil adalah alternatif terakhir jika rasa gatal sangat teruk. disamping itu, ubat sapu seperti BVC juga dibekalkan.
pemberitahuan: artikel ini dikarang dalam bahasa melayu setelah sedikit kajian dibuat dari sumber2 di internet berbahasa inggeris dan perkongsian pengalaman kenalan. saya harap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu memperkayakan sumber pengetahuan dalam bahasa kebangsaan.
sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan untuk memperbaiki artikel ini, terima kasih.
No comments:
Post a Comment