Followers

Thursday, January 23, 2014

Kelengkapan masuk hutan dan mendaki gunung; dan cara packing (bahagian I)


1. Kebiasaan haversack mempunyai pembahagi berzip dibahagian tengah bag. Dengan membuka zip depan dibahagian bawah bag, bukakan zip pembahagi tersebut menjadikan bag sebagai satu bahagian. Buka dan longgarkan semua buckle dan strap.

2. Dirikan bag. Masukkan drybag. Jika tiada, mawsukkan plastik sampah bersaiz XL 120L kedalam bag dengan bukaan menghala ke atas. Saiz yang lebih kecil biasanya lebih nipis dan mudah terkoyak. Asalkan tebal, saiz tidak menjadi masalah asalkan lebih kurang dengan kapasiti bag.

3. Lipatkan sleeping mat, dan gulungkan supaya muat dimasukkan secara menegak kedalam plastik didalam bag tadi.

4. Menggunakan kedua belah tangan, besarkan gulungan sleeping mat membentuk rangka dan memberi bentuk terhadap bag anda. Barang barang akan dimasukkan ke bahagian tengah mat.

5. Untuk perlindungan berganda, balut setiap barang barang dengan drybag atau plastik. Untuk memudahkan capaian barang, balutkan mengikut penggunaan

- Sleeping bagTuala dan kain sarung
- Sepasang baju tidur
- Sepasang baju extra (standby untuk emergency, sesuai untuk treking atau tidur)
- Baju sembahyang
- Makanan peribadi
- Makanan kumpulan
- Barangan kelengkapan diri (mandi dan selepas mandi)
- Sanitary pad bagi gadis. Disebabkan pergerakan yang aktif dan masa pengurusan diri dan air yang terhad, digalakkan gunakan pad version overnight dengan wing.
- Pinggan mass tin sudu garpu gelas
- Hammock, flysheet, groundsheet.
- Survival kit. Didalam watertight container. Sebaiknya tin container dan ditapekan dgn pvc tape untuk waterproofkan kit.
- First aid kit. Watertight. Masukkan kedalam ziplock bag.
- Headlamp. (Sebaiknya dimasukkan kedalam ziplock bag juga. Untuk mengelakkan headlamp ter on secara tidak sengaja dan membazirkan bateri, masukkan kedalam tupperware. Ada juga yang memasukkan kedalam bekas jam roti. Sy pula guna bekas yogurt 450 ml. Reuse and recycle. Sertakan juga spare batteries bersesuaian dengan tempoh trip.

Sebaiknya sepasang pakaian disertakan sekali baju, seluar, dan pakaian dalam. Lipat secara gulungan untuk menjimatkan ruang.

Untuk keselesaan tidur, sertakan sekali stokin dan sarung tangan. Letak bersama sleeping bag.

6. Mengikut aturan yang paling ringan berada dibawah, diikuti yang berat di bahagian atas dan diakhiri makanan dan barangan perlu untuk mudah dicapai di bahagian poket mudah akses

- Mulakan dengan sleeping bag, tuala, baju emergency, baju tidur, kain sembahyang, toiletteries, makanan peribadi. Barang yang lebih berat diletakkan rapat dengan belakang bag.

- Pastikan setiap barang dimasukkan dengan mampat. Masuk barang besar dahulu dan selitkan barang lebih kecil di celah celah ruang kosong. Mampatkan. Pijak dengan kaki didalam bag kalau perlu.

- Tarik hujung plastik bag pelapik bag dan ikat atau simpulkan untuk mengelakkan baju baju basah sekiranya hujan atau tumpahan air atau makanan dalam bag anda.

- Masukkan makanan, selitkan pinggan, masukkan masstin. Pastikan masstin diisikan sesuatu untuk memaksimakan penggunaan ruang. Sebaiknya ration emergency. Sedikit beras, gula, garam, milo 3 in 1.

- Botol air hendaklah diletakkan secara menegak bagi mengrangkann kebarangkalian bocor. Letakkan rapat dengan belakang bag.

- Mampatkan setiap level barang. Pastikan tiada ruang kosong yang menampakkan bag seperti patah. Pastikan tiada barang yang bergoncang. Hammock boleh diselitkan melalui bahagian zip depan bag. Keatas atau kebawah

- Sehingga tahap ini, pastikan bag anda boleh berdiri tanpa sokongan dengan tegak. Jika senget atau terbalik, ulang proses penyusunan barang kedalam bag.

- Jerutkan bag anda. Atau bucklekan. Atau sebagaimana cara untuk menutup bahagian utama bag anda. Pastikan tiada tali yang boleh terkeluar. Simpulkan tali menjadi lebih pendek.

- Dibahagian toplid bag. Kebiasaan adalah terdapat poket sebelah dalam dan poket sebelah luar.

- Dipoket sebelah dalam, masukkan tupperware berisi headlamp. Anda tidak perlukan headlamp sehingga hari gelap. Jika perlu treking diwaktu malam, biasanya ada masa dikhususkan untuk mengeluarkan headlamp lebih kurang 630 - 645 petang. Ambil sedikit masa untuk membuka buckle lid dan keluarkan headlamp, tanpa tupperware. Letak ditempat lebih mudah dicapai seperti poket luar bag, poket seluar, atau jika tidak menggangu keselesaan, dipakai terus, atau gantungkan dileher.

- Tutupkan toplid, dipoket sebelah luar, masukkan barang paling perlu untuk senang diambil dan disimpan balik tanpa banyak masa dan proses. Survival kit dan first aid kit, snack ration peribadi.

- Disebabkan ruang ini ialah terhad, boleh juga membuat mini version of each. Asingkan  snack ration peribadi secara harian. Selebihnya ialah ditempatkan didalam bag. Bersesuaian keadaan kesihatan diri, asingkan untuk mini first aid kit yang hanya mengandungi mungkin plaster dan painkiller atau balm dikawasan banyak agas atau nyamuk.

- Bagi survival kit, sebaiknya pembinaannya sememangnya sekecil dan semampat yang mungkin. Ia adalah ciri utama dan tidak mustahil berbanding kit sebenar yang juga turut merangkumi emergency ration yang diletakkan didalam bag. Snack ialah satu bentuk emergency ration sewaktu treking. Manakala meal lengkap ialah emergency ration untuk trip. Sehingga betul betul perlu untuk menggunakannya, pasti ada masa untuk mengeluarkan dari dalam bag.

- Secara peribadi, toplid juga ialah bahagian yang saya masukkan sunglass dan hair brush. Walaupun realiti nya jarang digunakan, dan bukanlah barang yang penting, tapi ia adalah barang keselesaan. A little lux.

- Disebelah poket sisi, masukkan hanya minimum barang. Walaupun ruang agak besar, kadangkala mencapai 2-3 liter setiap poket, pengisian barang dibahagian ini boleh menyebabkan bag tidak kelihatan balance dan kurang kemas. Bag yang paling cantik ialah kurus dan tinggi, supaya pergerakan dalam hutan yang padat dicelah celah pokok mengelak bukuh dan duri rotan adalah lebih mudah. Hadkan kepada barang kecil kecil seperti plastik, paper. Namun begitu tidaklah salah memasukkan barang andai ruang dalam sudah tidak mencukupi. Kadang kadang saya memasukkan toiletteries, botol kosong, sliper ke bahagian ini.

- Botol minuman, jika tidak menggunakan bladder, dimasukkan dipoket tepi bag. Bahagian ini juga sesuai diletakkan parang, jika ada. Cuba seimbangkan berat disebelah kiri dan kanan.

- Setelah berpuas hati dengan bentuk asas bag, bucklekan semua buckle yang ada. Dan fastenkan. Ketatkan. Kedudukan biasa ialah

   - Dua dibahagian depan bawah, berdekatan zip depan bag.
   - Buckle toplip, dua didepan dan ada extension strap berdekatan shoulder strap.
   - Side strap, dengan fastener strap dibahagian bawah, buckle bahagian atas. Fastenkan sekali dengan botol atau parang di poket tepi, jika ada dan sesuai.
   - Sekali lagi, pastikan bentuk bag ialah cantik, balance, dan boleh berdiri tegak.
- Jika masih ada barang yang belum dimasukkan, dan bag mempunyai pelbagai jenis strap dan buckle seperti berikut
- Trekking pole diletakan di trekkinh pole strap. Jika tiada, letak sebelah tepi bag.
- Seliper boleh diletakkan di bahagian buckle, satu kiri, satu kanan.
Kuali diletakkan sebelah depan.
- Perlu diingatkan, hendaklah pastikan barang barang disangkutkan dengan kemas, tidak bergoncang atau berbunyi. Gunakan crab atau tali.

As far as the packing technique is concern, we are now good to go. Proses ini adalah perlu diulang ulang setiap pagi, mengemaskan tempat tidur, tukar pakaian tidur kepada pakaian trekking, dan mula packing bag anda. Kemungkinan barang makanan dan peralatan memasak masih belum siap digunakan jadi tiada masalah kerana ia berada dibahagian paliang atas.

Asalkan sudah merasa serasi denagb sistem, proses packing boleh dilakukan dalam masa yang singkat 5 ke 20 minit.

Panduan ini hanyalah berdasarkan pandangan, permerhatian dan pengalaman saya. Ia boleh diubah untuk keselesaan masing masing dan juga perkembangan teknologi dan peralatan. Barang yang baik semakin mudah didapati pada harga yang lebih murah.

Jika merasa ada sakit akibat tekanan dibahagian tertentu, cuba cara alternatif sehingga mendapat setting paling serasi dengan peralatan dan badan anda.

Sebagai panduan paling basic,

- Sleeping bag sentiasa dibahagian paling bawah diikuti tuala.

- Untuk perjalanan mendaki, barang paling berat perlu diletakkan di bahagian atas, rapat ke bahagian belakanh bag. Ini untuk memberikan kestabilan dan mengelakkan badan membongkok. Beban disokong bahagian hips.

- Untuk perjalanan  tidak sekata, dimana kebanyakan daripada trek di hutan gunung malaysia, barang paling berat diletakkan dibahagian tengah, rapat ke belakang bag.

- Sentiasa pastikan barangan berbalut plastik. Selain untuk waterprpofkan barang barang, ia juga memudahkan organisasi.

Sekian, maafkan saya jika ada yang dirasakan tidak perlu atau kurang tepat. Saya sedia menerima komen dan cadangan.

Thank you for reading!

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Boleh jemput2 singgah ke blog saya pula http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete