Followers

Monday, November 9, 2009

kisah tetikus

pernahkah tetikus anda hampeh?
seperti kurang reaktif dan kejap nyala kejap padam macam agak siot je.
dan anda rasa seperti mahu ketuk-ketuk dan squeeze tetikus tersebut sambil cuba mencarut tapi seeloknya berzikir lah kawan-kawan, tiada hebatnya mencarut dalam bahasa melayu atau bukan melayu itu.

tetikus saya ialah didatangkan bersama laptop saya iaitu berjenama ASUS. sepanjang tempoh saya bersamanya, hanya sekali saya ada tetikus lain, sebagai tetikus kedua sebab yang lagi satu itu lebih panjang, boleh tarik dari meja ke katil. mentang-mentang USB port banyak la katakan.
tapi telah berada ditangan rakan saya tidak lama kemudian. semenjak itu, mouse saya solo, sampai hari ini

oh ya, pernah beberapa kali saya mengalami kejadian kurang responsif punya tindakbalas. maka ini bermula satu hiburan masa lapang baru..

'operasi kerat tetikus'
mula-mula, bukak screw. satu sahaja. (tetikus laser)
(tapi screwdriver juga agak susah didapati, selain satu set yang sedia ada, saya perlu mendapatkan screw driver lain pula)
kemudian periksa sambungan wayar, dalam kisah ini, jelas sambungannya sudah hampir terputus.
apa yang perlu saya lakukan, kerat penebat sekadar setengah sentimeter (hati-hati: jangan sampai terpotong yang tidak putus, ada beberapa kabel kecik dalam wayar tersebut)
potong depan belakang, lipat wayar tersebut supaya sambungan terputus tad dapat disimpulkan bersama. cucuk USB untuk memastikan ianya berfungsi.
setelah itu, memandangkan lokasi nya dekat dengan tetikus, maka wajar disorokkan sahaja kedalam badan. selit sesedap rasa.
sekarang tetikus saya lebih pendek, tapi berfungsi bagaikan baru kembali.
jangan lupa pasang penutup dan screwkan balik dengan ketat.

dan operasi ini telah dilakukan sebanyak dua kali. memang terasa kesemakinpendekannya.

hindari pembaziran :D

4 comments:

  1. Sy pernah juga mengalami imptom tetikus menjadi bebabi.. Sy emo lalu membalingnya, dan kemudian meembeli tetikus yg baru dan beroperational seperti baru.. =D Sekian.

    ReplyDelete
  2. pakai mouse premium jer.... amik steel series microsoft intellimouse ke.... sedap sket pakai~

    ReplyDelete
  3. adam.. kalau babi, memang patut dibaling pun, haha

    arep.. beli mouse microsoft? sori, aku pakai yg free je, wakaka yg murah pun aku xbli, usahkan yg mahal n pawer2 camtu. ASUS ftw =p

    ReplyDelete