Followers

Sunday, November 22, 2009

more, clouds

technically..
the heavy clouds
will
sooner or later,
transform
into


tiny

droplets

of water.














the happiness,
also washed away.

the cloudy days

aku rasa sedikit gloomy sejak akhir akhir ni
kurang bersosial (sejak foundation, aku rase sem ni paling super-behave, ouh dengan time intern, sbb masa tu utp-sick n xde ramai close friends around)
kurang spend time sama sama rakan rakan yang selalunya waktu waktu macam ni berhempas pulas dalam kesejukan iklim IRC
most of the time aku ada dekat bilik je, kalau tak study for the papers, aku study for subject2 lain, klik facebook, layan emails, layan forum, layan blog, melawat laman-laman berlubang dan lain lain.

how i wished masa berlalu lebih cepat.. quickly get over with this, get a couple of rocky jobs and settle down with a steady one.. see.. i'm eager to flip to the next chapter of life, oo yeah~~


the cloudy factor? maybe... maybe je laaa, i wasn't sure either.. maybe its a mixed but this one sure the one contributing factor i guess..







the sayang got some hiccups.

not that i regret for what had happened, just that.. i feel the .. urm... forget it, its nobody's fault anyway. you know u'll certainly got this kind of feeling when ur very own sayangs got hurt~ auchh~

Thursday, November 19, 2009

a good night wish

hye!
its me, again!
yes you just happened to click on my site so don't look back. its your future now, at least for the next few second before you hit the cross button or better yet, opt for many links provided for your convenience here :D

so let's do this. for once. after so long.

i have to sleep at normal hour!! i must have to be in bed early!
and wake up to the sun rise and have a breakfast, a good one.
that was supposed to be great, don't u think so?

well.. wish me luck!


p/s: less socialized kinda live i am living. gotta be a good wife ^_^
(in the future-laah)

Monday, November 16, 2009

siri bercakap dengan jin

sedang aku take five diwaktu senja.. aku jumpa satu link http://tamarjalis.blogspot.com.
sekarang aku rasa nak extract semua tu simpan. nanti mana tahu rasa nak baca lagi.

aku baca novel-novel bersiri ni waktu kecil dulu. aku tak ingat umur berapa tapi dalam banyak banyak buku dalam rak dalam rumah aku, siri ini menarik walaupun menyeramkan. mungkin aku belum sekolah atau awal sekolah rendah.
serius bukan bahan bacaan aku? hahaha.

kan dah cakap waktu kecil aku banyak masa sorang-sorang; abang pegi main jauh-jauh, pakcik pergi bersosial atau berkerja, tuk dengan tokki pun ada la kerja diorang. jadi memang sesuaila hobi aku membaca apa saja tak kira tempat atau masa~

ye benar, bukan sekarang je aku baru pandai burn the midnight oil, sejak kecik. sejak kecik! outstanding bukan? cuma sekarang je melampau lebih lebih.


cerita ni seingat aku agak menyeramkan, dan banyak selitkan keistimewaan orang alim. tapak tangan gebu bak kapas, muka suci bersih bercahaya dan sebagainya. si tamar jalis ni pula selalu diganggu ke alam lain, selalu nampak apa yang orang lain tak nampak. mungkin lemah semangat, tapi orang sekelilinglah yang banyak membantu.

hah betulke? what do you expect, aku belum akil baligh masa aku layan ni semua. sekarang dah transform jadi gadis anggun, tapi banyak makan semut, mana nak ingat.

sekarang tak tahu buku buku ni masih wujud atau tidak di rumah. sebab rumah tu pun dah mengalami renovation dan barang2 pun tak tahu simpan kat mana. kalau buku tu dah rosak, aku je lah kanak-kanak yang disyaki. bukan ada orang lain dah.

Friday, November 13, 2009

nostalgia balik raya

balik raya haritu memang nostalgik.
bukan lagi naek kete yang hadir dalam hidup kami dr aku darjah lima tu lagi.
guna kete lain pulak. aku harap boleh tido dari lepas simpang jusco equine n tau2 je masuk pintu gerbang kampung dengan banner 'selamat pulang perantau' je nanti.

tapi x seindah tu. selamba kete rosak2 plak. satu demi satu masalah timbul. selain dr consult mekanik kesayangan keluarga secara remote, teknik tradisi keluarga juga dipraktikkan disini. bukak je tengok apa yang patut. dahla sistem lain dah dari kereta nasional yg selalu dibukak2 sejak aku darjah lima. lagipun aku saspek kete ni tak sempat di mod lagi macam kereta tu. virgin lagi.

perjalanan tetap diteruskan walaupun tetap terhenti2 dengan kerap.
tapi ada perkara lain yang lebih 'MasyaAllah takkanlah' yg berlaku.
toilet dekat rnr punyala ramai sampai ke luar pun orang beratur. tapi ladies je la, the gents sikit je orang. mungkin average time taken by lelaki ngan perempuan tak same kot, walaupun buat perkara yang sama.
lalu kami nekad mencari toilet lain. perjalanan diteruskan lagi.
yey! ada sumber toilet lagi. tapi kali ni lebih disastrous. air takde dalam toilet. so apa orang ramai buat, guna botol air mineral, tadah air paip dekat luar, bwk masuk toilet.
niat aku sekali lagi terbantut. malas pulak.

masa ni aku terngiang2 kisah 'kencing di trek'. ondaway naik puncak.
masa tu ada this one boy dalam group aku nak kencing katanya. aku layan aje la, tapi aku dgn rasa responsible as the guider nak aa riki tempat sesuai dulu. belom apa2 dia dah kencing. betul2 tepi trek.
satu lagi kisah portable toilet untuk kontraktor dekat site. mungkin time lunch break je bleh pegi toilet agaknya. aku pulak jenis tunggu orang lunch break baru boleh masuk site buat keje. elok matahari terpacak. sekali aku tengok ramai2 beratur nak kencing. macam mana aku tau? sebab diorang beratur dekat depan toilet, pintu tak tutup.
itu belum kira kontraktor yang kencing dibelakang pokok. sedangkan pokok tu tepi pagar. sebelah pagar ada jalan, jalan yang sedang kami lalui.

tapi takdela sampai nampak apa yang tak patut nampak. semua ni kawasan publik kot.

kereta mengalami kerosakan yang lain pula yg menyebabkan kami spend masa agak lama di hentian toilet takde air ni, aku terpaksa join the crowd, berbekalkan dua botol mineral besar. cukupla basuh dulu toilet tu b4 guna ngan basuh blk after guna.

masa tu memang rasa lebih convenien kalau dalam hutan. toilet takde share punya~

Tuesday, November 10, 2009

u pwnd me, i pwn u back ^_^

==============
PWND?
========




i u were to notice, its been a while since i last visit/admin-ed/ any web sites.
blame the undeveloped skills of mine or its them that getting more secured these days.
maybe my set of dorks ain't that catchy i always fail to r00t any.
and some times i am wayy too lazy with all the long n hassle queries of SQL injection just to learn that the hashes are not that easily johnable



(gambar sekadar hiasan)

Monday, November 9, 2009

kisah tetikus

pernahkah tetikus anda hampeh?
seperti kurang reaktif dan kejap nyala kejap padam macam agak siot je.
dan anda rasa seperti mahu ketuk-ketuk dan squeeze tetikus tersebut sambil cuba mencarut tapi seeloknya berzikir lah kawan-kawan, tiada hebatnya mencarut dalam bahasa melayu atau bukan melayu itu.

tetikus saya ialah didatangkan bersama laptop saya iaitu berjenama ASUS. sepanjang tempoh saya bersamanya, hanya sekali saya ada tetikus lain, sebagai tetikus kedua sebab yang lagi satu itu lebih panjang, boleh tarik dari meja ke katil. mentang-mentang USB port banyak la katakan.
tapi telah berada ditangan rakan saya tidak lama kemudian. semenjak itu, mouse saya solo, sampai hari ini

oh ya, pernah beberapa kali saya mengalami kejadian kurang responsif punya tindakbalas. maka ini bermula satu hiburan masa lapang baru..

'operasi kerat tetikus'
mula-mula, bukak screw. satu sahaja. (tetikus laser)
(tapi screwdriver juga agak susah didapati, selain satu set yang sedia ada, saya perlu mendapatkan screw driver lain pula)
kemudian periksa sambungan wayar, dalam kisah ini, jelas sambungannya sudah hampir terputus.
apa yang perlu saya lakukan, kerat penebat sekadar setengah sentimeter (hati-hati: jangan sampai terpotong yang tidak putus, ada beberapa kabel kecik dalam wayar tersebut)
potong depan belakang, lipat wayar tersebut supaya sambungan terputus tad dapat disimpulkan bersama. cucuk USB untuk memastikan ianya berfungsi.
setelah itu, memandangkan lokasi nya dekat dengan tetikus, maka wajar disorokkan sahaja kedalam badan. selit sesedap rasa.
sekarang tetikus saya lebih pendek, tapi berfungsi bagaikan baru kembali.
jangan lupa pasang penutup dan screwkan balik dengan ketat.

dan operasi ini telah dilakukan sebanyak dua kali. memang terasa kesemakinpendekannya.

hindari pembaziran :D

Saturday, November 7, 2009

kuarantin sempena selesema babi

ini merupakan post tribute.. terima kasih dan satu penyebaran bahawa betapa jasa mereka terhadapku

ramadhan yang lalu menyaksikan kesihatan aku goyah. aku disahkan menghidap demam. mungkin bermula hari khamis.. pada mulanya hanya sejuk dan kurang bermaya dalam kelas pagi-buta itu. namun, ah Pocket C, sejuk betul. terima kasih GDC, kau memang tak sia2 sumber tenaga tidak boleh diperbaharui tu.
sekembalinya dari kelas Ocean & Coastal Engineering tersebut, aku cuba gagahkan diri siapkan project yang perlu dipresent keesokan hari, oh dan ada test juga. kedua-duanya Design of Offshore Structures. tapi aku terus rasa lebih sejuk.
dan aku hanya mampu tidur sampai pagi esok.

pada hari-hari biasa, demam perkara biasa, namun babi dimusim ini mula mempopulari arena demam selesema sedunia.

rumet yang baik hati membawa aku ke klinik. mungkin aku tak mandi. keadaan fizikal agak sememeh, kebetulan macam biasa, klinik juga dipenuhi mangsa2 yang dikuarantin untuk regualr daily check-up.

mula2 ambik temperature, aku disahkan demam. tp rilek~ tunggu turn jumpa doktor baru leh tau apa yang sebenarnya.
tanpa disangka, perjumpaan beberapa minit itu Dr Saadah akhiri dgn lafaz 'haa ni kena kuarantin ni tau'

UTP telah mengamalkan sistem 'sape demam je kena kuarantin' ni sejak.. sejak.. ala yang masa awal2 sem aa kan.. mereka (later leh tukar kami plak) ditempatkan di bangunan kosong tanpa penghuni, untuk diasingkan supaya dapat di monitor incase mereka mempamerkan simptom2 selesema babi. for record, beratus2 orang yang dikuarantin tu, hanya beberapa orang yang disahkan positif H1N1.

bermula la saat itu.

lokasi: V2C, macam rumah fellow kot purpose asal die. fes things fes aku godek carik LAN port. astaghfirullah, xde. tp wireless signal ok, so setel aa..
waktu: van utp dtg ambik kitorg (mangsa2 kuarantin) dalam tengahari macam tu, trus anta stret sane.
meal: pagi- breakfast, roti, air.. lunch, nasik berlauk, air, kdg2 ada buah, dinner.. nasik berlauk lagi, kadang2 ada kuih, ngan air berperisa.. macam bukak pose je.
sah-sah aa aku susah makan, apatah lagi nak habiskan.

pihak2 berwajib yang wajar diberikan penghargaan

1) H1N1 team UTP secara general.. yg sediakan petempatan kuarantin yang selesa, makanan yang free, dan jadual ke klinik yang baik. walaupun saya sorang je perempuan manakala hampir 10 org yang lain lelaki, saya diberitahu, catering kitorg asing2.. the guys mengadu pagi tadi x dapat brekfes n nak lunch awal, tapi saya 'eh adeje bekfes?'

2) mak guard, disebabkan aku kne kuarantin tanpa perempuan lain, secara teknikal nya seorang makcik akan sentiasa ada diruang tamu menjaga aku sorang. walaupun bersilih ganti, mereka sama2 baik hati, makanan pun hantar kat katil, bgn2 je ade bungkusan makanan baru. pagi2 kejut pegi klinik..
3)doktor n medical assistant.. dr Saadah duty ari working days, ari week end, dr Liew.. baik hati dan caring terhadap kami..

4)driver van utp yg dtg pick up pagi2.. yang antaranya staff utp yg dalam H1N1 team yang berkorban cuti wekend mereka.

5)rakan2.. yang byk membantu sepanjang penahanan aku, dan juga menghiburkan kebosanan walaupun dari jauh..

6) lecturer yang memahami aku ponteng test ngan present projek. siap ckp 'isokey, focus on ur recovery test then only we talk about the those'

perkara kurang menarik

1) hari isnin cuti. aku masuk ari jumaat, keluar isnin. so sehari je MC?
2) miss PERONAS ability test ari sabtu. (aku xsure nak pegi tak pun in the fes place)
3) ponteng puasa 3 hari sepnjang tempoh tersebut. dan sehari lagi masa hari test ocean. berapa hari je aku puasa taun ni.
4) setelah tidak berjaya disorok dr pengetahuan family, mereka mula risau dan mencuba nak bawak aku balik untuk berubat cara homeophaty pula. tapi doktor cakap 'takpat!'. tapi yang pasti, aku cuma demam biasa saje.
5)waaa festaim kne drip.. 2 botol stret lak tu~ bile da release (berjaya gak aa temprature trus turun sehari kemudian) jarum plak lupa buang. las2 google sesedap rasa n cabut sendiri.

alhamdulillah.. aku fully recover dalam seminggu camtu kot..
sekali lagi.. terima kasih buat semua pihak dalam menangani issue global selesema babi ini

(pasnih agak2 ada tak orang search keyword babi jumpa blog aku? wakaka~~)