musik background Teratai by amy search. layan pula lagu ramli sarip ni lately. ramli sarip dulu, masa datang perform kat bumi tronoh, aku cuma menghampiri pentas dalam keterpaksaan. kebetulan masatu seat asing lelaki perempuan. ikutkan kawan kawan aku (err aku tengah jalan dengan lelaki masa tu) memang nak rapat kedepan. tapi mengenangkan aku seorang diri, maka kami melayan sahaja dari luar. dan aku, masih tak faham, 'memang korang layan ramli sarip eh?' aku memang takboleh nak sing along bersama la time tu, tak tahu!
dengan tidak menguriskan sedikitpun imej anggun yang telah kubawa sejak azali tersebut, izinkan aku membuat pengakuan ekslusif, aku layan gak rock kapak ni!
mari kita bongkar bila sbenarnya jiwa aku boleh 'in' dengan scene rock kapak ni. lama juga la kalau nak di-log-kan.
zaman sekolah rendah, ala zaman radio KFC pot tu~ sorang satu aku ngan abang aku. zaman zaman nineties, aku kira layan lagu melayu la time tu. lagu inggeris tak berapa nak 'in' la untuk budak kampung seperti aku. lagu lagi oldies adala sikit sikit melekat kat kepala. haa time ni aku takde preference lagi la, cuma dengar apa yang ada dekat radio melayu sahaja. takat takat lagu senario, lagi aku cinta padamu wajah kekasih tu bolehla..
seiring aku melonjak remaja, boyband inggeris mula mendapat tempat di malaysia. time duk tengah sedap bakar kakak dorm yang minat sangat dengan tomok sementara orang lain sedang hype dengan westlife ataupun yang lebih cool, puddle of mud.
naluri keinggerisan aku digilap dengan lebih jitu saat aku melangkah ke alam 'upper form' pula. aku mula diperkenalkan dengan stesyen radio hitz.fm, mix.fm. era time tu takberapa nak 'in' la dekat telinga.
perangai tak berapa nak melayu aku ni (lagu je la, penampilan, budi bahasa, raut wajah masih asli dengan ciri kegadisan melayu kampung sejati. auww) terbawa bawa sehingga ke alam universiti. masa abis spm tu sebenarnya aku ada je dengar stesyen radio lain selain hitz mix semua tu, xfresh fm. masa tu fresh lagi, baru on-air. zaman hip hop, indie benda alah yang macam tu la.
bila circle kawan kawan dah widen sikit, yela, kawan dengan budak budak maktab je masa mula-mula. lepastu baru start kenal dengan budak budak lain, senior senior.. bagi keselesaan aku disekeliling rakan rakan semasa, lidah pun aku tune sikit bagi lebih sikit bunyi melayunya. supaya tak terlalu keluar dialog novel novel yang aku sering baca diwaktu lapang. masa tu mana ada internet dekat ruby tu! komputer pun takde sorang pun yang ada. baca novel je la. jalan cerita pulak asal berdua duaan je terus nak menggoda untuk membuat cinta. kira pendidikan proses reproduksi ni, kalau term term tu takboleh nak tipu sangat lah, aku bolehla kadang kadang educate kawan kawan yang hampir sebaya apa yang mencarut apa yang tak. tak tahulah pula kalau mereka pura pura innocent sahaja. kehkeh. thanks sidney sheldon.
ok dah nak start dah ni. 2-3 bulan pertama aku bergelar remaja sedang berhoneymoon sambil tunggu result spm sebagai seorang pelajar universiti. yeahh, rock kapak!!
pada mulanya asing bagi aku. dah berapa tahun tinggal era bersiulan lagu sedemikian ni.
segalanya bermula bila aku belajar masuk masuk hutan. bagi pelajar seperti kami, rombongan apa saja, sewa baslah. dan biasanya, bas sekolah yang warna kuning tu. bukan calang calang, lengkap dengan set karaoke dan juga mikrofon yang agak panjang wayarnya. lagu pulak semestinya rock kapak!! jadi agak sinonim bagi aku, asal lagu rock kapak je mesti ingat rakan sepergunungan pastu ingat suasana dalam hutan pastu rasa rindu pastu rasa nak masuk hutan lagi! fuh!
cuba bayangkan, mula mula naik bas da pasang satu cd, kalau perjalanan ke tapah tu makan dua jam jugakla kot. hah karokla sampai lebam. dah letih karang, pasang movie pula. besok dan hari seterusnya, on track pun nyanyi lagu rock kapak. nak masak, tengah mandi, sebelum tidur, kalau nyanyi mesti nak rock kapak. tu belum kira perjalanan balik nanti pulak. mana tak sinonimnya!
perkara tersebut berlanjutan. kalau tak naik gunung pun, saja saja pegi tidur tepi hutan ke, karaoke set dalam rumah renjer tu cukup mantap, boleh berlatih vokal sampai ke pagi! jangan tanya dari mana aku dilatih tidur dalam konsert dalam gig. haha. heret tilam depan tivi woo.
masa ni housemate pun dah lali kalau aku asyik dendangkan lagu gadis melayu ke, seroja ke.. memang mereka pun kenal aku berjangkit dari siapa. tapi belum sampai tahap pasang lagu berkenaan dalam playlist lagi la. ni kawan aku la yang buat. sebagai teman rapat, tak wajar kalau aku tak saling kutuk mengutuk sepam dua. ekeke.
tak lama lepastu, aku pun mendapati aku medownload the whole rock kapak folder. masa ni aku dah pasrah, aku juga terjebak dalam arena berkenaan.. tapi tak cukup true, koleksi aku dipandang enteng oleh seorang bapa saudaraku. 'ni apa lagu macam ni bukan best sangat. nah, ambil lagu lagu ni transfer.'
yeah, aku kini remaja well rounded dan tak lupakan kulit!
sehingga sekarang, circle aku dah sedikit berubah, namun masih sama, asal rakan sepergunungan je mesti sinonim dengan bau hijau, bau lumut, ahh indah.. biar peluh menitik memasuki mata lepastu pedih lepastu sapu dengan tangan penuh lumpur pula, tapi kalau dengar orang nyanyi nyanyi gembira, itu pun sudah cukup indah walaupun tak larat nak sing along :) tapi hakikatnya, seberapa luas alam ini yang masih belum kuterokai, banyak je lagi lagu lagu rock kapak yang aku takpernah dengar. alah yang pernah dengar pun bukanlah aku ingat sangat pun. kalau dapat sing along satu rangkap belah korus tu kira cemerlang dah tu. cuma sekarang, aku dah boleh dengar la, tiada bunyi protes lagi dari jiwaku. ekeke.
p/s: kalau nak diikutkan, kenalan aku ada jugak yang legend, atau berasal dari kalangan mereka yang legenda rock kapak. ala macam dalam cerita Rock tu, zaman zaman battle of the bands, so far yang aku selalu layan dengar cerita mereka, belah perak ngan belah johor lah. memang scene rock kapak true punya.
No comments:
Post a Comment