Followers

Wednesday, December 22, 2010

towards the end of 2010

this very year has been particularly beautiful to me,

of dreams that comes true,

of having graduation,

of spending plentiful of time with darling buddies,

of going places i've never been to,

of meeting many people from many walks of life,

of translating passion into sweat, and breads

of living on my own

of getting (as i always am) random

and endless plus points.

there are also disappointments, that's for sure. but let us just be in this happy atmosphere for now. shall we?

enjoy yours, too! :D

Thursday, December 9, 2010

diari seorang penghutang

life aku sekarang tak tahu macam apa. dah berapa minggu aku takde fikir kena bangun pagi bergegas keluar supaya andaikata aku terasa berselera mekdi, masih sempat untuk cari mekdi berdekatan sebelum waktu lunch meal abes. naik tren 15 minit sampaila ketempat kejadian. lepas dah selesai misi, balik umah dalam pergerakan singgah sana singgah sini. kadang kadang ilmiah jadinya; kedai buku. kadang kadang midvalley stret. tanpa sebarang tujuan mendalam. selepas itu baru balik rumah betul betul. layan fesbuk forum cek email semua pukul 11 malam baru terhegeh hegeh nak buat kerja. tido? haa memang burung hantu.

sekarang aku bukan lagi mendiami lembah pantai dicelah kl. tido bangun pun macam takde target of the day sangat. ongoing projek entah bila boleh launch.

income aku? jauh dari 4 figure. tu belum kira betul betul lagi tu, mau jadi 2 figure je kot keuntungan bersih. okay itu melampau. aku exaggerate. macam tu la, job ni bukan datang bergolek. tapi aku tetap teruskan langkah.  kejap ke selatan kejap ke utara kejap ke kawasan sentral berlegar legar bukan mencari apa apa. ada baiknya aku tiada passport mahupun pengalaman menaiki kapal terbang atau kapal laut, maka perjalanan aku terbendung di semenanjung malaysia sahaja.

oh ya, aku sebenarnya mempunyai hutang puluhan ribu. terus aku takde nak consider nak buat master terus.

wiken ni aku nak ke selatan lagi. belum tahu untuk berapa hari. mungkin seminggu jugak la kot

cuma aku kena berdoa untuk tetapkan keyakinan dalam hati, pengalaman yang aku dapat selama setahun  ni tidak sia sia. walaupun aku nampak macam agak tengah mensia siakan diri sendiri. ciscis!

Tuesday, November 30, 2010

adegan yang tak sanggup aku lihat

saya sebenarnya banyak buat dosa kering. kalau yang saya sangat sengaja mendosakan diri tu tak boleh kira kering, tu memang saya bersifat keji. tapi kalau yang kering nih, payah betul.. jiwa pun rasa panas semacam je..

saya tak suka keadaan yang tak hygienic. bukan saya seorang yang sangat pembersih, tapi saya buat sendiri tu padan muka sayala. tapi yang barang saya yang affected tu apasal? saya pun tak tahu perluke saya mention konsep personal space dan personal belongings. saya yang tak biasa berkongsi memang tak suka berkongsi tapi saya dah cuba bertolak ansur.

hakikatnya orang yang bersepah macam saya cukup bercelaru andai barang saya tersentuh! i am organised in my own way! okay fine, saya boleh bertolak ansur. keadaan sudah tak sama macam dulu. tapi boleh bayangkan perasaan melihat barang saya 1) berusik dan 2) kotor! ade stain! yang diluar batas pemikiran saya macam mana boleh berlaku. saya sendiri sudah cukup disastrous, janganlah nak tambah lagi

moving on, saya seorang yang menghargai. ayat lain, kedekut. ayat yang lebih remaja, sep.
walaupun saya bukan kategori pengumpul barang barang yang terkategori sebagai collectibles, tapi barang barang remeh zaman sekolah pun masih ada dalam simpanan saya. that includes broken stuff. walaupun kadang kadang saya sendiri yang merosakkannya. tapi i dont see a point why should i dispose them. bukannya precious pun tapi who knows nanti ada guna lagi parts yang lain ni.
jadi just imagine perasaan saya melihat barang barang yang selama ni elok je in use for years sekarang tersadai bawah hujan panas terbiar mereput. even if barang tu free (as in free lunch, doesn't cost u a sweat) sekalipun, proses pemusnahan tu ialah kejam! asal kotor sikit terus campak macam tu je. cuba kalau dijaga elok elok, tak ada lah nanti komplen tak ada barang lah apa lah. ni bukan kategori aksesori which i am far from being good at, tapi ini soal praktikaliti, dan konviniensi!


dan dosa kering itu berlaku bila saya melihat keadaan ini saya terus bertukar kehijauan. cara saya nak educate tu macam speechless. macam cakap perkara yang super obvious arghh takkan itu pun nak kena cakkkappp!!! yang seterusnya membawa kepada perasaan saya yang tidak gembira dengan surroundings. dan tidak menggembirakan. sungguh tidak konviniens!

Monday, November 29, 2010

life's been rough for us

janganlah diam.. the awkward silence itu amat tak best.
bila bercakap, janganlah direct sangat.. how am i supposed to response, really?
janganlah marah.. i just don't actually get the idea of being 'us'
janganlah putus asa.. deep inside, i am not like what i might look like.
janganlah macamni.. it hurts!

Saturday, November 27, 2010

gua dan rock kapak

musik background Teratai by amy search. layan pula lagu ramli sarip ni lately. ramli sarip dulu, masa datang perform kat bumi tronoh, aku cuma menghampiri pentas dalam keterpaksaan. kebetulan masatu seat asing lelaki perempuan. ikutkan kawan kawan aku (err aku tengah jalan dengan lelaki masa tu) memang nak rapat kedepan. tapi mengenangkan aku seorang diri, maka kami melayan sahaja dari luar. dan aku, masih tak faham, 'memang korang layan ramli sarip eh?' aku memang takboleh nak sing along bersama la time tu, tak tahu!

dengan tidak menguriskan sedikitpun imej anggun yang telah kubawa sejak azali tersebut, izinkan aku membuat pengakuan ekslusif, aku layan gak rock kapak ni!

mari kita bongkar bila sbenarnya jiwa aku boleh 'in' dengan scene rock kapak ni. lama juga la kalau nak di-log-kan.

zaman sekolah rendah, ala zaman radio KFC pot tu~ sorang satu aku ngan abang aku. zaman zaman nineties, aku kira layan lagu melayu la time tu. lagu inggeris tak berapa nak 'in' la untuk budak kampung seperti aku. lagu lagi oldies adala sikit sikit melekat kat kepala. haa time ni aku takde preference lagi la, cuma dengar apa yang ada dekat radio melayu sahaja. takat takat lagu senario, lagi aku cinta padamu wajah kekasih tu bolehla..

seiring aku melonjak remaja, boyband inggeris mula mendapat tempat di malaysia. time duk tengah sedap bakar kakak dorm yang minat sangat dengan tomok sementara orang lain sedang hype dengan westlife ataupun yang lebih cool, puddle of mud.

naluri keinggerisan aku digilap dengan lebih jitu saat aku melangkah ke alam 'upper form' pula. aku mula diperkenalkan dengan stesyen radio hitz.fm, mix.fm. era time tu takberapa nak 'in' la dekat telinga.

perangai tak berapa nak melayu aku ni (lagu je la, penampilan, budi bahasa, raut wajah masih asli dengan ciri kegadisan melayu kampung sejati. auww) terbawa bawa sehingga ke alam universiti. masa abis spm tu sebenarnya aku ada je dengar stesyen radio lain selain hitz mix semua tu, xfresh fm. masa tu fresh lagi, baru on-air. zaman hip hop, indie benda alah yang macam tu la.

bila circle kawan kawan dah widen sikit, yela, kawan dengan budak budak maktab je masa mula-mula. lepastu baru start kenal dengan budak budak lain, senior senior..  bagi keselesaan aku disekeliling rakan rakan semasa, lidah pun aku tune sikit bagi lebih sikit bunyi melayunya. supaya tak terlalu keluar dialog novel novel yang aku sering baca diwaktu lapang. masa tu mana ada internet dekat ruby tu! komputer pun takde sorang pun yang ada. baca novel je la. jalan cerita pulak asal berdua duaan je terus nak menggoda untuk membuat cinta. kira pendidikan proses reproduksi ni, kalau term term tu takboleh nak tipu sangat lah, aku bolehla kadang kadang educate kawan kawan yang hampir sebaya apa yang mencarut apa yang tak. tak tahulah pula kalau mereka pura pura innocent sahaja. kehkeh. thanks sidney sheldon.

ok dah nak start dah ni. 2-3 bulan pertama aku bergelar remaja sedang berhoneymoon sambil tunggu result spm sebagai seorang pelajar universiti. yeahh, rock kapak!!
pada mulanya asing bagi aku. dah berapa tahun tinggal era bersiulan lagu sedemikian ni.

segalanya bermula bila aku belajar masuk masuk hutan. bagi pelajar seperti kami, rombongan apa saja, sewa baslah. dan biasanya, bas sekolah yang warna kuning tu. bukan calang calang, lengkap dengan set karaoke dan juga mikrofon yang agak panjang wayarnya. lagu pulak semestinya rock kapak!! jadi agak sinonim bagi aku, asal lagu rock kapak je mesti ingat rakan sepergunungan pastu ingat suasana dalam hutan pastu rasa rindu pastu rasa nak masuk hutan lagi! fuh!

cuba bayangkan, mula mula naik bas da pasang satu cd, kalau perjalanan ke tapah tu makan dua jam jugakla kot. hah karokla sampai lebam. dah letih karang, pasang movie pula. besok dan hari seterusnya, on track pun nyanyi lagu rock kapak. nak masak, tengah mandi, sebelum tidur, kalau nyanyi mesti nak rock kapak. tu belum kira perjalanan balik nanti pulak. mana tak sinonimnya!

perkara tersebut berlanjutan. kalau tak naik gunung pun, saja saja pegi tidur tepi hutan ke, karaoke set dalam rumah renjer tu cukup mantap, boleh berlatih vokal sampai ke pagi! jangan tanya dari mana aku dilatih tidur dalam konsert dalam gig. haha. heret tilam depan tivi woo.

masa ni housemate pun dah lali kalau aku asyik dendangkan lagu gadis melayu ke, seroja ke.. memang mereka pun kenal aku berjangkit dari siapa. tapi belum sampai tahap pasang lagu berkenaan dalam playlist lagi la. ni kawan aku la yang buat. sebagai teman rapat, tak wajar kalau aku tak saling kutuk mengutuk sepam dua. ekeke.

tak lama lepastu, aku pun mendapati aku medownload the whole rock kapak folder. masa ni aku dah pasrah, aku juga terjebak dalam arena berkenaan.. tapi tak cukup true, koleksi aku dipandang enteng oleh seorang bapa saudaraku. 'ni apa lagu macam ni bukan best sangat. nah, ambil lagu lagu ni transfer.'
yeah, aku kini remaja well rounded dan tak lupakan kulit!

sehingga sekarang, circle aku dah sedikit berubah, namun masih sama, asal rakan sepergunungan je mesti sinonim dengan bau hijau, bau lumut, ahh indah.. biar peluh menitik memasuki mata lepastu pedih lepastu sapu dengan tangan penuh lumpur pula, tapi kalau dengar orang nyanyi nyanyi gembira, itu pun sudah cukup indah walaupun tak larat nak sing along :) tapi hakikatnya, seberapa luas alam ini yang masih belum kuterokai, banyak je lagi lagu lagu rock kapak yang aku takpernah dengar. alah yang pernah dengar pun bukanlah aku ingat sangat pun. kalau dapat sing along satu rangkap belah korus tu kira cemerlang dah tu. cuma sekarang, aku dah boleh dengar la, tiada bunyi protes lagi dari jiwaku. ekeke.

p/s: kalau nak diikutkan, kenalan aku ada jugak yang legend, atau berasal dari kalangan mereka yang legenda rock kapak. ala macam dalam cerita Rock tu, zaman zaman battle of the bands, so far yang aku selalu layan dengar cerita mereka, belah perak ngan belah johor lah. memang scene rock kapak true punya.