BG-592PP-2
|
Memperkenalkan kesayangan saya daripada tahun 2007 sehingga 2012. Enam tahun yang baik.
saya mendapatkannya secara tidak sengaja. berkunjung ke greentown mall sekadar menemani rakan baik saya membeli laptop, dan saya secara tidak sengaja masuk ke kedai jam, dan tanpa melengahkan masa, saya terus memilikinya. kebetulan pula jam saya sebelum itu telah rosak case nya. model yang terdapat ialah limited, saya cuma mahukan jam yang digital dan beberapa function seperti stowatch dan timer serta alarm dan ianya perlulah tahan lasak.
namun jam ini ialah puppy series, released back in OCT 2005.
apabila button Light ditekan, maka akan ada image ini didalam muka jam tersebut. |
puppy image di hujung tali jam |
pada mulanya sedikit hesitate lah dengan gambar gambar puppies tersebut. tapi harga jam ni dapat di negokan sehingga agak berpatutan, dan memandangkan gegambar tersebut bukanlah menyerupai haiwan yang sebenar, saya tak fikir ia merupakan suatu masalah.
ciri ciri baby G ini adalah seperti yang berikut..
1/100-second stopwatch
Measuring capacity: 23:59'59.99"
Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
function ini adalah perlu terutama untuk pemain rubik cube. setelah berjaya diajari rakan rakan baik saya untuk menyelesaikan rubik cube, jam ini merupakan stopwatch terbaik selain handphone.
saya juga kerap merekodkan masa larian dengan jam ini.
12/24-hour format
saya lebih gemarkan 24H format.
Accuracy: ±15 seconds per month
tak perlu risau untuk sentiasa check ketepatan
Approx. battery life
2 years on CR1616
pertama kali battery jam saya kehabisan ialah apabila saya mendengar azan subuh dan terjaga dan segera saya tekan button Light untuk melihat waktu. apabila jam saya tidak menyala, hati saya gelabah seakan bertanya 'adakah ini mimpi?'
rupanya ia adalah simptom battery lemah, glow nya tidak dapat diaktifkan. setelah beberapa hari, keseluruhan display ialah terpadam.
kos untuk menukar battery baharu cuma RM20.
sila ambil perhatian sewaktu proses penukaran dilakukan. (adalah lebih baik untuk menonton how to terlebih dahulu sebelum ke kedai jam)
sewaktu case dipasang semula, pastikan rubber seal ring dimasukkan ke channel tersedia di body sebelah dalam dengan rapi sebelum back case plate diskrukan. kerana itu merupakan komponen utama dalam memastikan water resistivity jam kesayangan anda.
selain itu, ada review menyatakan, bunyi amaran telah dikeluarkan menandakan bateri semakin lemah sebelum ia mengakibatkan paparan.
Auto-calendar (to year 2039)
Auto-calendar (to year 2039)
sekali lagi, kerisauan adalah tidak perlu untuk ini
Daily alarms
5 independent daily alarms
Daily alarms
5 independent daily alarms
bunyi alarm nya adalah tidak memadai buat seorang penidur dalam (deep and sound sleeper) seperti saya. malah alarm tone di handphone saya juga perlu selalu ditukar kerana saya akan immune dengan bunyi yang sama.
agak perlahan, tapi sebenarnya agak mengjengkelkan. seperti nyamuk!
Data Bank
Memory capacity: Up to 25 sets of data, each set including;
Name (8 characters) and telephone number (12 digits)
Other: Auto-sort
fungsi yang sangat saya gemari dan perlu.
nombor emergency dan kerap dihubungi seperti keluarga terdekat dan kawan kawan terdekat adalah tersimpan didalam jam saya.
pada kejadian dimana phone saya kehabisan battery atau hilang, saya masih boleh menghubungi orang orang yang perlu dihubungi dengan wang syiling dan telefon awam dan ia banyak kali terjadi. dan saya tidak menghafal nombor walau siapa.
Data Counter
Automatically counts down the days from the current date to a target date.
Memory capacity: 5 records (8 characters of text)
A mark appears on the display to let you know when a target date is reached.
saya kira saya tidak pernah menggunakan fungsi ini.
mungkin berguna untuk countdown sesuatu.
Dual time
mungkin kalau saya ada berhubungan dengan sesiapa dari zon masa yang berlainan, fungsi ini agak berguna. tapi tidak buat berapa lama jam ini berkhidmat dengan saya
Electro-luminescent backlight
Afterglow
berguna untuk bacaan senang. atau untuk menghiburkan kanak kanak. kerana image gadis kecil dan puppy tersebut dan juga orang lidi berlari di sudut atas paparan jam.
sekurang kurang nya fungsi kegemaran sepupu kesayangan saya jojo dan jojie yang masih kecil.
saya juga sering terhibur dengannya.
Hourly time signal
agak mengganggu, jadi saya tidak mengaktifkannya.
ini bukan jam dinding.
Regular timekeeping
Hour, minutes, seconds, am/pm, month, date, day, daylight saving on/off
Regular timekeeping
Hour, minutes, seconds, am/pm, month, date, day, daylight saving on/off
fungsi paling utama sebuah/ seutas jam.
paparan nya juga jelas, terutama untuk melihat hari dan tarikh secara serentak.
Shock resistant
sebab kedua saya tidak ragu ragu untuk memiliki jam ini.
pemakaian jam ini bolehlah dikatakan 24/7. baik semasa tidur, mandi, belajar, berkerja, beraktiviti lasak.
Size of case / total weight
BG-592PP ...... 45.9 x 42.6 x 14.0 mm / 43 g
agak besar dan berat sebenarnya buat saiz tangan biasa perempuan.
antara ciri lain merupakan
resin band
coating pada tali jam ini tergores dan perlahan lahan terkopak dalam tempoh satu-2 tahun.
kotoran amat mudah melekat. apa yang saya lakukan ialah cuba mencuci dengan pelbagai cara.
pemadam, berus gigi, alcohol, tapi tidaklah mengembalikan seri seperti jam baru, cuma nampak kurang kotor sedikit sahaja.
kesan retak mula jelas pada tahun ketiga. loop untuk secure hujung tali juga putus satu demi satu.
adalah agak sukar untuk mendapatkan tali ganti kerana sizenya bukan lah standard seperti G Shock dimana kebanyakan kedai jam mempunyai stok tersedia pada harga yang berpatutan. malahan warna light blue juga adalah hampir sangat tidak mungkin didapati di pasaran tempatan. kalau ada pun, harganya mencecah separuh harga jam itu sendiri.
sehinggalah jam dan saya terpisah, sekalipun tidak pernah ditukarkan talinya disebabkan kesukaran itu.
20bar water resistant
bersamaan 200meter.
memandangkan saya bukan lah seorang penyelam, cukup sekadar jam ini mengharungi mandi setiap pagi dan petang, titisan hujan. renangan dan rendaman sungai dan laut mahupun paya.
mineral glass
tiada calar yang jelas walaupun beberapa kali terlanggar sesuatu yang keras.
namun pembinaan bazel case nya yang menyebabkan lumpur dan daki melekat jauh kedalam ruang terselit depan dan belakang jam.
dan sekarang saya hanya menerima hakikat yang jam ini tidak lagi berada dengan saya. 6 good years of companion.
untuk seseorang yang mempunyai kulit yang sangat sensitif dan banyak terdedah kepada situasi mencabar, tidak banyak pilihan yang terdapat, dan BABY G ialah pilihan yang tidak mengecewakan!
sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)
sumber gambar dan info dari http://www.javys.com/casio/series.php