Followers

Monday, December 3, 2012

suasana kongsi di suatu pagi

suatu pagi di kongsi PPU. bahasa bertamadun sket; workers quarters. kongsi ni bukan kongsi gelap lu langsi lu mati, ini kongsi atau kotai penempatan sementara perkerja. jangan ingat aku kaklong kawasan pula. kalau chomel macam yana samsudin tu takpa. haha. ini serabai!



eena, shahrir, shahrul, khairul sedang melepak seperti biasa. mereka sebenarnya maincon. ni la kawan bergurau senda bergaduh mengumpat mentiaw. pendekata segalanya lah. tapi mereka ni dah tua dari aku lebih experienced laa. selalu juga kutuk kutuk aku akukan setahun jagung pun belum, tak pandai sangat buat kerja.. selalu boleh refer la apa apa aku tak terer.

ni awal awal projek. stor je. sekarang dah muat 10 orang kongsi makin tambah makin tambah. lantai pun dah konkrit sekali. 



shahrul: wahh faymes kau ek eena ramai orang kenal


eena: hoh sape kenal? sape sape?



shahrir: haritu kat gelang patah, ada orang tanya kenal tak kau kerja kat senai airport city jugak



eena: gelang patah? bila aku kerja sana? orang tu buat kerja apa?



shahrir: lay cable



eena: mane pulak aku kenal sangat orang cable cable. yeke silap kot



shahrir: yela die cakap bawak kereta wira putih semua



eena: abes die cakap aku perempuan?



shahrul: HABIS KAU LELAKI SELAMA NI KE??!!



eena: oh maksud aku kete ni dulu lelaki bawak, taun lepas. memang ada projek kat gelang patah tapi aku kan kat selangor masa tu. kete pun lain. die kenal kereta je kot. ahaha 





see, ayat yang sebenar aku nak sampaikan tu panjang. jadi aku singkatkan ataupun rephrase jadi macam tu je. dasar takreti berkomunikasi memang macam ni.

kadang kadang tu ayat aku keluar bersepah perkataan. then kawan kawan aku akan susun balik ayat tu secara spontan then aku "haa itulah maksud aku" itupun kalau aku tak keep repeating the same words, reaaranging.


"kelas ni lepastu makan kita pergi"
"makan eh lepas kelas ni kita pergi"
"LEPAS KELAS NI KITA PERGI MAKAN EH"



haa. sebabtu bila cakap dengan bangla aku cepat belajar. sebab aku dah memang takreti susun ayat. tadehal lah setakat nak tunggang langgang kan lagi.

flexible.

No comments:

Post a Comment