Followers

Sunday, June 18, 2017

10 cara bagaimana mengenal pasti KAKI GUNUNG

10 cara bagaimana mengenal pasti KAKI GUNUNG di hentian R&R
10 ways on how to spot a GUNUNG KAKI at R&R stops
mereka kerap dijumpai di kawasan tersebut pada musim cuti perayaan ataupun public holiday yang menjadikan weekend lebih panjang dari biasa. arah utara, selatan, timur, barat, bertebaran je nak naik gunung atau masuk mana mana hutan. ini adalah sebagai gambaran kasar sahaja memandangkan komuniti gunung telah berkembang pesat maka lebih banyak kepelbagaian yang wujud.
1. pakai buff. tujuannya untuk melindungi ubun ubun. mungkin kerana mereka selalu dilanda cuaca sejuk maka ubun ubun mereka sensitif dan perlu sentiasa dilindungi bagi mengelak kehilangan haba.
2. pakai selipar. sebab selain kasut pendakian, pendaki gunung juga perlu membawa satu selipar lain untuk kegunaan campsite. kebanyakannya kelihatan seperti selipar toilet. jenama seperti teva, asadi, atau fipper. ringan. so no leather shoes, high heels, sport shoes.. takde. dekat kl je pakai macamtu. eh siapa kata kaki gunung tak tahu dress up? kita always dress to occassion ok.
3. pakai seluar trekking. quick dry material with patches. orang lain tak pakai seluar macam tu. bertampal dekat lutut, bontot.. pattern macam tu.
4. pakai pouchbag. macam handbag la tapi pouchbag. tak tak bukan macam penjual dvd barang baik lima ringgit je bang tu. pouchbag lain.
5. pakai headlamp. tapi biasanya strapped dekat leher bukan dekat head. ada je lampu jalan lampu kedai lampu toilet terang benderang tapi pakai headlamp just in case kena trekking dalam gelap. oh..
6. pakai tshirt ada date. tshirt free or tshirt event. trip mana date bila. tak mustahil satu tshirt dipakai ramai orang dan buat biasa je. tak awkward pun. kalau takde date ialah brand outdoor. atau material cotton atau dryfit.
7. pakai drybag. fungsi sama macam 4. pouchbag. just in case kena cross sungai. ohh...
8. pakai ziplock bag. purse, phone, power bank, electronics pack dalam ziplock bag. duit pun ada dalam tu. boleh jadi disimpan dalam pouchbag mahupun drybag. boleh perhatikan orang tu nak bayar je tiba tiba keluarkan ziplock bag haha. pun just in case hujan ataupun kena cross sungai.. ohhhh..
9. sleep deprived. muka tak cukup tidur. lebih ketara muka penat waktu balik trip. tapi ceria. dan mengantuk.
10. tengok kaki. perhatikan kuku kaki. apakah ada tanda tanda hidup segan mati tak mahu dan kelihatan hitam dan mempunyai bentuk tidak seperti kuku kaki? itulah petanda yang baik. positif pendaki gunung.
sekian saja. selamat mendaki selamat pulang.

No comments:

Post a Comment