Followers

Sunday, December 2, 2012

siapa aku?

aku tak sure aku pernah ke tak kenalkan diri aku secara officially kat dunia maya ni.

let say belum la. there's facebook, and then there's twitter, pretty much of a me within. so kalau dah connected dengan fb or twitter, itu la aku.

very random, very unpredictable, yet a decent gadis melayu kampung. auww~!
aku pun malu nak describe diri aku sendiri. ohoii. tahu perangai buruk berubahlah! ekeke

jadi lets not complicate things, aku nak cerita pasal nama je pun padahal. takde la mendalam sangat. seperti yang kalian bayangkan.

ok. fine. kalian tak bayangkan apa apa pun. fine.

ini beberapa nama yang terkait dengan diri aku.

eena
ini aku rasa paling cool dan accurate la nama ni. sebab memang sebijik ejaan macam dalam nama penuh. and its not that common la. macam ina contohnye. biasa je kan? eena, tak ramai sangat, kan? haa. itulah desired effect yang aku bayangkan.

tengku eena
ini kawan kawan aku suka save nombor aku sebagai tengku eena. ye la buh eena ke ina ke nanti sama pulak dengan org lain susah nak cari katanya. so bila ada facebook, pesen mintak 2 nama first name last name ape kan, aku pun macam why not letak tengku eena.

nina
ini biasa family yang panggil. nina, kak nina, ye kakak la. aku kan banyak cousin kecik kecik. kecik kecik pun "kaknina kaknina kaknina" dalam satu nafas. aku pula penat nengok panggil macamtu. haha.

rina
abah aku la memang panggil aku kakak rina. sebab menurutnya nama aku no-reena. bukan nor-eena. haa pun boleh bah! tapi sekarang ada satu kedai hardware pun letak nama aku Ms Rina. ala janji Ms, kompem aku je la pun perempuan. salah sikit pun nama aku takde hal. indeed tak salah pun. i oke aje!

but ada je orang panggil aku noreena. bukan no-re-na ye. aku ada double e disitu. bukan juga bukan no-ri-na. double ee tu membuatkan sebutan nya menjadi no-ree-na. tang ee tu kasi panjang sikit. no-ree-na. okay?

are we good? can we continue? ekeke bajet dalam kelas memperkenalkan tokoh epic je!

nona
nina nona. got it?
cousin cousin aku takpun abang aku. it hurts the ego kot kalau panggil nama orang elok elok. haha


muna
sama case seperti di atas. just another variation. dulu kecik kecik main panggil je kan. sekarang kalau aku tengok dalam handfon masing masing macam macam la nama aku di-simpan-sebagai (save-as). aku sendiri tak tahu tu aku.

tengku
ini tak banyak. either orang tu tak berapa kenal aku, atau orang tu memang super protokol punya orang. eh aku baru tahu kalau golongan tentera komando ape tu, memang super disiplin ye, takboleh panggil tengku tengku dengan nama lain. penat lah aku cakap takyah la kot panggil camtu. tapi entah komando kan tegas!
dia macam omputeh la. kau panggil Ms Watson kalau kau formal formal je. agak kasual kau bantai Emma je. aku kan kasual je orangnya. kalau formal ni macam dah kena dress up sikit, make up sikit, behave sikit. aku kan kadang kadang selekeh je biasanya. tak tengku sangat la kiranya. haha. sian tengku lain yang elok elok jenisnya, aku ni out of the league gitu.

paling simple ofkos laa na. na sahaja, no more no less. macam family n kawan rapat kan bukan nak make extra effort sangat panggil nama panjang lebar. tapi awas ye, kalau agak anda tu supplier barang saya, nak tanya barang nak turun mana "barang turun mana ni, na?" tu agak lebih kurang je disitu. walaupun aku kelihatan mesra bergurau senda dengan kalian, tak bermakna kita boleh cross the borderline ye. huhu.

but kalau anda biasa tengok cerita indon, anda akan dapati mereka akan pendekkan nama dengan sebutan dihadapan. bukan belakang macam Nina jadi Na. tapi depan seperti Bima jadik Bim, Luna jadik Lun. makanya, indon workers aku pun ada yang panggil aku In je.
"dah makannn?" tanya aku di suatu tengahari
"sudah la In, pagi pagi sudah masak" kompem la In disitu tu aku kan, takkan orang lain lagi. comel je In. eh comel pula. ahaks!

i cant say all of them are me. aku adalah berbeza depending on the audience. eh artis ke aku? ke financial expert? mesti professional engineer rupa rupanyaaa ohhh schweeet~! odien odien macam nak present je!



but all of them make up a me :)
(smiley la kasi taruk sweet touch sikit. siang aku dah takboleh nak suwit suwit. bagi la aku suwit suiwt dalam blog sendiri.)


pergh gila senang hidup stalker aku. google je any piece of nama aku, terus point to post ni kat blog ni. accurate result straight kot.  perghh siap perasan ada stalker siap tak tahan tu. kamon la kamon laaa takkan aku je kot yang suka google nama orang. korang pun suke je kan google nama aku. kan kan! huhu

No comments:

Post a Comment