Followers

Thursday, September 8, 2011

raya! and afterwards..

selamat hari raya!!
alhamdulillah even aku takde feel sangat nak balik kampung and raya tahun ni, rupanya tahun ni amongst the best raya i've ever had!every single day sangat occupied. plan asal ingat nak gak jalan jalan dengan rakan taulan tapi what happened is takcukup hari kot nak beraya ke semua tempat yang diingini dengan saudara mara.

lagipun, ada sesuatu telah berlaku lebih kurang sebulan sebelum ramadhan. kali ni bila semua balik berkumpul, baru semua dapat clear picture dan boleh come clean semuanya. ahh aku tahu ada lagi yang tersembunyi. mungkin better that way. semua orang try hard to adapt dengan kenyataan. at the same time, gurau senda dan tears mewarnai the whole raya scene. tu lah jangan asyik duk kutuk artis ye kawen cerai kawen, terkena kat family sendiri baru tau best ke tak best.

tahun ni macam biasa balik ke kampung moyang pada hari kedua. jika mahu dilistkan, ada 4-5 buah rumah sedara mara yang kami biasanya lawati. makan satu hari suntuk juga. tapi rombongan kami ialah sengat ramai, like 3-5 kereta, ada mpv semua bukan kete kecik kecik, mungkin cukup ramai sehingga takda sapa ajak makan nasik. yeah, kami datang unannounced, dan takde sape prepare that much of heavy meal. nak masak masak plak mana boleh lama lama kan banyak rumah nak kena lawat lagi.

so tahun ni memandangkan penatla dah malam baru sampai rumah, seharian makan kueh raya dan air gas je, balik umah pun bukan ada nasik. jadi kami bercadang untuk masak dulu kat rumah then tapau bawak balik kampong makan umah moyang. brilliant, kan? aku tukang cadang je la, takde pun tolong tolong masak ke ape. aku tepakse bukak autocad pagi pagi dan buat kerja, maaf mami! nak kasik orang buat kerja, kenala maincon buat dulu kerja tu :)

so hasilnya, perayaan di kampong yang improvised! :D oh btw tahun depan punye plan, kena masukkan pinggan gelas polistrin dalam list. buruk beno muka malas basuh pinggan aku time orang suh basuh pinggan banyak banyak kat dapur. haha. so kazen kazen jangan gaduh ye nex year duit raye mebi lagi kurang, sebab kakak nina nak spend beli pinggan cawan kertas buat piknik umah moyang kite. kihkih.

seminggu berhari raya, dengan muka yang tenang, aku kembali ke batang berjuntai menghabiskan sisa sisa kerja memandangkan contract period akan berakhir 15 haribulan ini. tiba tiba, seorang site engineer yang jaga projek pasir gudang telah disahkan kasik 24 notice berenti sebab mau further study katenye. maka aku, seperti keadaan sekarang bergegas menggantikan engineer lain di kuala selangor ini yang tiba tiba quit (without notice siap T_T) akan dijadualkan untuk tolong cover site pasir gudang tu sekali. so it will be like separuh minggu kat selangor, separuh minggu lagi dekat jb. 2 hari daripadanya on the road lah nampaknye kot?

tengah tengah aku duk malas fikir jem pasir gudang yang aku kena harungi nanti, tiba-tiba aku dapat call, client kat melaka. sebenarnya projek first time aku join kampeni ni dah siap, da nak handover. aku pun happyla tak payah buat banyak sangat kerja, focus satu projek je kan. WRONG!!! cane aku boleh lupa ada satu lagi belum siap T_T

aku harap inspection for handover esok ngan lusa ni berjalan lancar, so aku tinggal lagi 1 projek melaka - lagi 2 minggu da boleh siap, kuala selangor - lagi satu bulan, kot? noooo bukan delay tau, VO banyak. then pasir gudang, itu aku dah lama tinggal tapi since kena join balik ni kena catch up balik la. hopefully dah taklama lagi mau siap.

looking forward to next projek, xtau buat apa dan katmana, tapi kalau dapat selangor lagi pun bes jugak. kinda malas la duk JB. haha lonely sangat sangap nak kawen menjadi jadi pulak kang. not in a horny way la, cuma busan bakk tido sorang makan sorang hari hari. haha. then kalau dapat buat mill baru ke bes gak. bukan bosan buat rumah, takbole bosan lagi sebab xcukop experience lagi, cuma benda mill ni karang dia bersistem, so ada point kenapa handrail nak kena kaler kuning tak macam pilih tile dapur tiba tiba mau letak kaler pink, tapi esok cakap nak kaler biru laut pulak. kalau ikut aku, takyah ngada pilih, kasik je putih suma.

disebabkan aku sangat independent buat kerja, bila aku malas or takde mood buat aku terus takboleh buat sehingga satu satu masa tertentu, tapi once aku buat aku setelkan terus, maka 2 hari aku bertahan dalam cabin panas babi aircond rosak. petang tadi dah siap apa aku nak buat then only aku mampu keluar cabin bertegur sapa dan wish selamat hari raya kat cina cina indon indon bangla bangla tuh.. updet la sikit sikit gossip gossip orang kate. ape korang ingat makcik makcik kampung je ke yang ade gosip gosip? kitorang kat site pun ade tau! contohnye, gossip next projek, tender tender baru, ngumpat ngumpat bos, ngumpat ngumpat projek orang.. nak drama sket, aku carik orang mana lama takda nampak, skali indon tu cakap itu melayu sudah lari, bawak duit kampeni. subcon aku la tu. yang sama sama takposa diramadhan yang mulia lepas. aku rempeyek takpela, taktau pulak lelaki ada pendarahan mana mana selamba layan kukubima tengahari buta kan. haha. tahla aku taktau gak cerita sebenar, betul ke tak tah. sebelum aku kena kencing kering baik aku separa percaya je.

rasa nak udpate resume je rasa.. update je laa bukan buat apa pun.. rezeki tu ditangan tuhan :)

p/s: kukubima tu sejenis air jamu ke apetah minuman tenaga dari indon dijual dalam bentuk sachet. pastu air die pulak dibancuh dengan serbuk kukubima tu dengan susu enak berkrim. bulan lepas aku tengok kaler hijau, bulan ni mana punya vendor bantai kasik kaler pink pulak.

kita sudahi post ini dengan air ribena dan peach dalam tin,
 taruk dalam ais  beli dekat kantin kongsi. bala dendamaa ni
buan pose nampak lori ais masuk site pun benagng semacam lol~

No comments:

Post a Comment